Pakej

Friday, April 6, 2012

AIR ASIA X

Tamat Perkhidmatan Laluan

Mumbai, New Delhi, Paris, London

Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh negara, Airasia X mengesahkan ia bakal menamatkan perkhidmatan empat laluan-nya ke destinasi India dan Eropah.

Yang ditamatkan laluan dari Kuala Lumpur ke Mumbai, Delhi, Paris dan London.

Dalam kenyataan kepada media, Airasia X berkata langkah itu diambil sebahagian strategi penstukturan jaringan perkhidmatannya.

Pihak syarikat penerbangan itu akan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya di Austral-Asia, China, Taiwan, Jepun, dan Korea.

Penerbangan terakhir tersebut ialah ::

1. Mumbai - 31 Januari 2012
2.
Delhi - 22 Mac 2012
3.
London - 31 Mac 2012
4. Paris - 30 Mac 2012


Bagi penumpang yang telah membuat tempatan, Airasia X akan menawarkan memberikan pilihan pernerbangan lain tanpa sebarang tambahan kos.

Penumpang akan menerima e-mel memberikan pilihan termasuk wang semua atau menukar laluan lain.

Sementara itu Pengerusi Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes berkata penamatan laluan secara drastik itu adalah ekoran lonjakan kos pengendalian.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas, beliau berkata antara penyebab peningkatan kos cukai lapangan terbang yang tinggi bagi laluan terbabit selain faktor pengenalan cukai alam sekitar bagi laluan di Eropah.

Thursday, April 5, 2012

PANDUAN MELAKSANAKAN UMRAH

*** Bismillahirrahmanirrahim ***

***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

PANDUAN MELAKSANAKAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH PADA SYARAK :-
Pengertian umrah pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) kerana mengerjakan tawaf, saie dan bercukur (bergunting) dengan menurut syarat-syarat dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.

PENGERTIAN UMRAH DARI SUDUT BATINIAH :-
Dari sudut batiniah pula, umrah adalah merupakan proses penyucian jiwa. Barang siapa yang mengerjakan umrah, sebenarnya dia memenuhi panggilan Allah dan menjadi tetamu Allah s.w.t. di rumah-Nya yang penuh barakah.

أبا هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وفد الله ثلاثة الغازي والحاج والمعتمر» .

Dari Abu Hurairah r.a: “Rasulullah s.a.w bersabda: Tetamu Allah itu ada tiga: mereka yang berperang di jalan Allah, orang yang mengerjakan haji, dan orang yang mengerjakan umrah.” (HR. Nasa’i dan Ibnu Huzaimah).

Maka, seseorang yang dijemput sebagai tetamu Allah Yang Maha Agong, yang mana niat yang ikhlas (mengerjakan umrah semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah – pinjam kata-kata Prof. Muhd Kamil Ibrahim –Travelog Haji, bukan kerana rindukan kaabah dsb.) dan hati yang dihiasi dengan sifat-sifat yang terpuji merupakan kriteria prestasi yang dinilai (KPI – Key Performance Index), maka perlulah dia memenuhi KPI tersebut sebelum dia berangkat ke Tanah Suci. Selanjutnya, jika dia melakukan ibadah umrah dengan sempurna dan tidak melakukan rafats, fusūq, dan jidāl, maka ia akan kembali ke kampung halamannya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibu kandungnya ke dunia – iaitu bersih daripada segala dosa dan hati nuraninya juga bersih daripada sifat-sifat yang tercela.

عن أبي هريرةَ رضيَ اللّهُ عنه قال: سمعتُ النبيَّ صلى الله عليه وسلم يقول

«من حجَّ للّهِ فلمَ يَرفُثْ ولم يَفْسُقْ رَجَع كيومِ ولدَتْهُ أمُّه».


Dari Abu Hurairah r.a bahwa ia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang berhaji dan ia tidak berbuat rafats dan fasiq maka ia akan kembali seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibu kandungnya. (HR. Muttafaq ‘Alaih)

Rafasa
mencampuri isteri, sedangkan ia masih berihram (melakukan persetubuhan atau melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercium, bercumbu-cumbuan, dan sebagainya) – kena DAM seekor unta.

Fusūq
membuat maksiat

Jidāl
bertengkar-tengkar, berkelahi dsb.


***Semoga para tetamu Allah SWT akan dapat menikmati Umrah yang mabrur. Amin Ya Rab al-'alamin.

HUKUM UMRAH :-

Umrah diwajibkan sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa samada lelaki atau perempuan.

SYARAT-SYARAT WAJIB UMRAH :-

* Islam – tidak wajib bagi yang bukan Islam.

* Berakal – tidak wajib bagi yang tidak siuman, gila, atau hilang akal – malah tidak sah umrahnya bagi yang tidak berakal.

* Akil Baligh – tidak wajib bagi yang belum baligh.

* Merdeka – tidak wajib bagi seorang hamba abdi.

* Berkuasa untuk sampai ke Mekah sama ada dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

RUKUN DAN WAJIB UMRAH :-

IBADAT UMRAH

RUKUN UMRAH

WAJIB UMRAH

1. Niat

1. Niat ihram di Miqat

2. Tawaf

2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam ihram

3. Sa'ie

4. Bercukur / Bergunting

5. Tertib

NIAT UMRAH ( RUKUN ) :-

Sebelum berniat ihram Umrah di Miqat, sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram.

Untuk mandi sunat ihram, lafaznya ::

" Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta'ala "

Seterusnya sembahyang sunat Ihram. Lafaz niatnya ::

" Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua pula bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.

Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum melewati/ melintasi sempadan Miqat.

LAFAZ NIAT UMRAH :-

" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala "

Barang harus diingat, sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan pantang-larang dalam ihram. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram, seseorang itu hendaklah membayar dam.

PERKARA - PERKARA LARANGAN SEMASA DALAM IHRAM :-

x Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum ( LELAKI )

x Menutup kepala atau sebahagian daripadanya ( LELAKI )

x Menutup muka ( WANITA )

x Memakai sarung tangan ( LELAKI & WANITA )

x Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung ( LELAKI & WANITA )

x Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi & dahi. ( LELAKI & WANITA )

x Menagggalkan rambut atau bulu ( LELAKI & WANITA )

x Mengerat atau memotong kuku ( LELAKI & WANITA )

x Menebang/ Memotong/ Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram ( LELAKI & WANITA )

x Memburu binatang buruan ( LELAKI & WANITA )

x Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakil kahwin ( LELAKI & WANITA )

x Melakukan pendahuluan persetubuhan ( LELAKI & WANITA )

x Melakukan persetubuhan ( LELAKI & WANITA )

Setelah itu eloklah membanyakkan bacaan talbiah disepanjang perjalanan hingga sampai ke Makkah untuk mengerjakan rukun-rukun Umrah selanjutnya.

BACAAN TALBIAH ::

Labbaikkallah humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik

Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah

TAWAF ( RUKUN )

PENGERTIAN TAWAF :-

Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.

Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :

" Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala "

( NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. )

Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :

" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin "


Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.

Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa.

Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

SYARAT-SYARAT SAH TAWAF

JENIS-JENIS TAWAF

SUNAT-SUNAT TAWAF

Suci daripada hadas

Berjalan kaki

TAWAF RUKUN

Suci badan/ pakaian/tempat tawaf daripada najis

Ber'ittiba'a bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ie ( Lelaki )

TAWAF QUDUM

Menutup aurat

Melakukan ramal ( berlari-lari anak ) bagi Tawaf yang diiringi Sa'ie ( Lelaki )

TAWAF AL-BAIT

Bermula pada sudut Hajar Aswad dan berniat Tawaf, jika Tawaf Wada' / Sunat/ Nazar

Isti'lam Hajarul aswad dan mengucupnya / isti'lam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.

TAWAF SUNAT

Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan

Membaca zikir dan doa

TAWAF NAZAR

Berjalan bertujuan tawaf

Berturut-turut 7 kali pusingan

TAWAF WIDA'

Mengelilingi Kaabah 7 kali dengan yakin

Tawaf dengan kusyuk dan tawadhuk

Dilakukan dalam Masjidil haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan

Solat sunat tawaf

ANTARA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM TAWAF

BATAL TAWAF

AMALAN-AMALAH MAKRUH DALAM TAWAF

Terbuka Aurat

Makan / Minum

Menyentuh kelambu/ dinding Kaabah

Bercakap-cakap semasa tawaf khususnya percakapan yang kurang sopan

Terpesong niat seperti mencari kawan/ isteri / suami

Baca doa dengan nyaring

Menyentuh Syazarwan ( tapak Kaabah )

Bercakap dengan telefon bimbit ( Handphone )

Melakukan ramal pada semua pusingan


PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF

( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam )

Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk

Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah ( keperluan )

Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu :-

-

Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat

-

( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie )
Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selelai tawaf )

SAI'E ( RUKUN )

Pengertian Sai'e : - Sai'e adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah.

Setelah selesai tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e.

Setelah sampai di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah ( Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sai'e Umrah dengan niat :

" Ya Allah!. Aku hendak Sai'e antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana Allah Ta'ala "

Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sai'e jika berkemampuan.

Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud :

" Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah "

Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Ini bererti telah sempurnalah sekali sai'e. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa sai'e yang kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).

SYARAT-SYARAT SAH SA'IE

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE

Dilakukan selepas Tawaf Rukun/ Tawaf Qudum

Keluar ke tempat Sa'ie melalui Babus-Safaa

Bermula di Bukit Safa, Berakhir di Bukit Marwah

Menaiki Bukit Safa/ Marwah hingga sampai batu-batu bukit.

Cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa

Mengadap Qiblat dan melambai Kaabah dengan kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah

Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa'ie di Safa dan di Marwah

Berlari-lari anak apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau.

Hendaklah Sa'ie di Batnulwadi ( Kawasan Sa'ie )

Dalam keadaan berwuduk.

Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ie

Berjalan kaki

Berturut-turut

Ittiba' pada semua pusingan

Berdoa

BERCUKUR / BERGUNTING / TAHALLUL - RUKUN

Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting sahaja. Manakala mereka yang tidak mempunyai rambut, sunat baginya melalukan mata pisau di kepalanya.

Tahallul : Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram.

Tahallul Haji terbahagi kepada dua :-

Tahallul Awal dan Tahallul Thani

TAHALLUL AWAL

- Tahallul awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan 2 dari 3 perkara berikut :-

Melontar Jamrah Kubra

Tawaf Rukun dan Sa'ie

Bercukur / Bergunting

- Jemaah haji yang telah Tahallul Awal, boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram kecuali 3 perkara :

Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakli kahwin.

Mukaddimah persetubuhan

Bersetubuh

TAHALLUL THANI

- Tahallul Thani terhasil apabila selesai mengerjakan semua amalan berikut :-

Melontar Jamrah Kubra

Tawaf rukun dan Sa'ie

Bercukur / Bergunting

- Dengan Tahallul Thani, semua larangan dalam ihram boleh dilakukan.


TERTIB - ( RUKUN )

Tertib pada kebanyakan rukun - Adapun rukun Umrah, wajib dikerjakan satu demi satu mengikut tertib.

TAWAF WADA’

Tawaf Wada’

Tawaf Wada’ ialah tawaf ‘selamat tinggal’ yang wajib dikerjakan - bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam.

Syarat Tawaf Wada’

Sama seperti tawaf umrah dan tawaf ifadhah. Tetapi sebelum memulakan Tawaf Wada’ seseorang itu perlu berniat.

Pengecualian (tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam)

? Perempuan yang kedatangan haid atau nifas.

? Perempuan yang didatangi darah istihadhah( darah penyakit) pada lazimnya dia haid.

? Orang luka yang mengeluarkan banyak darah.

? Orang yang tidak mendapat air atau tanah untuk mengangkat hadas besar.

? Orang yang takut terancam nyawa, kehormatan diri atau harta bendanya.

? Orang yang takut ditinggalkan kawan.

? Orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau yang seumpamanya.

? Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.

? Orang yang takut kepada peminta hutang dalam keadaan dia benar-benar tidak berupaya membayar hutangnya.

? Orang tua yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur.

Perhatian:

v Tawaf Wada’ dikerjakan hanya setelah segala-galanya siap untuk berangkat meninggalkan Kota Makkah.

v Setelah mengerjakan Tawaf Wada’ seseorang itu tidak lagi dibolehkan balik ke bilik penginapan kecuali untuk tujuan sembahyang fardhu, membuang air kecil atau besar, mengambil barang, makan atau minum dengan syarat masa yang diambil tidak terlalu lama.

v Jemaah yang terpaksa berangkat keluar dari Makkah dengan segera sedangkan dia belum lagi mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Tawaf Wada’ memadailah baginya mengerjakan Tawaf Ifadhah sahaja.

v Perempuan yang haid tidak dibolehkan melakukan tawaf wada’. Sebagai ganti bolehlah berdiri di hadapan pintu Masjidil Haram dan berdoa

v Orang yang tidak melakukan Tawaf Wada’ kerana jahil atau terlupa tidak dikecualikan dari membayar Dam. Dam yang dikenakan ialah Dam Taqdir dan Tertib.

ZIARAH MADINAH

KELEBIHAN ZIARAH MADINAH :-

Antara kelebihan menziarahi Madinah terlalu banyak yang antaranya :

Kelebihan dalam beribadat :-

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

" Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram "

( Sahih Bukhari dan Muslim )

" Sesiapa bersolat 40 waktu solat di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas dari bahaya nifaq. "

( SahihSunan at-Tarmizi )

Jumhur ulama berpendapat : semua bangunan tambahan selepas zaman Rasulullah saw. adalah termasuk dalam " masjidku ". Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda.

Kelebihan menanggung kesusahan :-

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

" Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya di Hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya. "

( Riwayat Muslim )

Kelebihan meninggal dunia di Madinah :-

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

" Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah "

( Riwayat Ahmad, Tarmizi dan ibnu Majah )